Wednesday, November 25, 2009 -
-

Salam Eid Al-Adha,
Please forgive me for everything..
May Allah shower everyone with peace and may we be able to spread the message of equality and friendship on this auspicious day..........
Tuesday, November 24, 2009 -
-
Monday, November 23, 2009 -
-
Masih dalam mood malas menulis blog .. :P... Biar gambar sahaja yang bercerita ....
Event: Graduation and Concert Day 2009, Taman Pendidikan Adna.
Time : 2.00 - 5.00 p.m
Date : 22nd November 2009
Sakit mata sebenarnya Aufa ni:) Berjangkit kat sekolah..
Sekarang dia semakin okey, tp Afnan pulak yang agak teruk.. Doakan Abang Afnan sembuh ya!!
Persembahan pertama.. suppose kena nyanyi lagu Iman Mutiara, tp ada prob. dgn cd, terpaksa nyanyi lagu Doa Pagi Petang, letih berlatih..huhu
*Afnan masuk 4 persembahan untuk hari tu...
Abang Afnan and his friend.. Fahmi
Chicken dance pulak..
macam tak sesuai untuk Afnan kan?? Sbb dia tinggi sangat..hihi:-P
buyokkk:P
Persembahan dari kanak2 4 tahun ...
Cantik bangat budak ni.. adakah anak ke3 Aini rupanya cam ni??.. hehe:P ..
kena tengok cerita arab lah pulak kot:P Tak boleh tengok korea dah..:))
tapikan kalau anak cantik sangat pun, nanti takut susah nak jaga pula kan..:P
oleh itu, takpelah balik tengok cerita korea..haha:P
Lagi persembahan, Afnan tak masuk performance yang ni...
bersambung lagi...
p/s: Susahnya kalau sedang menulis blog, ada org tengok, dah jadi tak reti menulis..:P (sapelah yang cibukk tu:P)
Monday, November 23, 2009 -
-
Aini tak sempat update blog kerana:
1- Bz kat opis + bz dengan anak2..
2- Perlu bawa anak2 ke opis kerana diorg terkena jangkitan mata (Aini pun macam dah nak kena dah..huhu.. (kalau ikutkan nak cuti je hari ni tp ada kerja penting yang perlu di buat di ofis)
3- m.a.l.a.s (yang tu tak boleh tolonglah kan?:P)
-end-
Friday, November 20, 2009 -
-

* Ya lola Alamin - Ya Rabbal Alamin:)
Friday, November 20, 2009 -
-
Cemburukan Suami.. Saja Aini letakkan tajuk cemburu ini,kerana Aini juga tergolong daripada orang yang sangat cemburu :))..(ngaku pon:P).. Actually Aini pun tak sedar sejak bila sifat cemburu Aini ni mula timbul.. sbb waktu 'mula2 kenal' dengan suami dulu, Aini rasa Aini bukanlah seorg yang cemburu,mungkin waktu tu Aini perasan punyai ramai peminat..haha:P
After diijabkabul itulah kemungkinan Aini bermula menjadi seorg yang cemburu (cemburu terhadap suami).. tapi cemburu itu hanyalah kerana wanita, bukan cemburu suami berjaya atau sebagainya kerana kejayaan suami adalah kebanggaan isterinya juga..:))
Masakan tidak cemburu, banyak 'gila' surat peminat, ajak kawin lah, apalah.. isteri mana yang tak cemburu kan? Lebih2 lagi kalau perempuan yang dicemburu itu adalah lebih cantik dan solehah dari kita.. aiyaa, sangatlah cemburu:P ..
Jika ada Aini merajuk dengan my habib, selalunya kerana cemburulah :) Merajuk kerana perkara2 lain tu rasanya sangatlah sedikit kerana Allah mengurniakan hati kami berdua sangat serasi, sangat sama dari apa segi jua pendapat..Alhamdullillah, bersyukur sangat2:))(Banyak betul perkataan SANGAT..haha:P)
Di awal perkahwinan, Aini tak tau bagaimana nak jelaskan dengan my habib time merajuk tu, Aini tak reti nak bagitau depan2.. (pemalu wehh Aini ni:P).. so, inisiatif lain ialah Aini menulis surat kepada suami, kelakar dop? :P.. tapi honestly, cara ini sangat berkesan.. apa yang terbuku di hati Aini semuanya dapat disampaikan dan diluahkan kepada suami:))
selepas 2,3 tahun berkahwin pula, dah letihlah pulak menulis surat:P,so,pakai SMS pula kalau merajuk lagi.. hahaha :P (kan moden:P)... dan sekarang Alhamdullillah, usia perkahwinan kami dah menjangkau 7 tahun, selalunya Aini akan terus bercakap pada suami jika Aini ada merajuk apa2.. of course cara inilah yang terbaik sbb tak yah simpan dalam hati lama2, bila simpan dalam hati lama2, nanti Syaitan pun akan masuk campur dalam perasaan kita, dan mulalah dari merajuk hanya satu perkara, tapi jadi banyak perkara lain pula..
Walaupun sekarang Aini dah boleh 'outspoken' pun, tapi merajuk kerana cemburu tetap ada..hehe..:P cuma Aini cuba mengawalnya, kerana cemburu yang keterlaluan akan membawa binasa terhadap rumahtangga, betul dop? :P.. Alhamdullillah my habib juga sangat berterus terang orgnya, kalau ada org yang berminat dengannya atau apa2lah, dia memang akan terus bagitau Aini,(bukan setakat berterus terang, dia akan tunjuk surat atau2 apa2 berkaitan kepada Aini..:P) begitulah juga dengan Aini.. Kami memang selalu menetapkan agar 'tiada rahsia' antara kami berdua :P Semoga Allah memelihara perhubungan ini hingga akhirnya.. Ameen, doakan kami ya!! :)
Apa yang Aini tuliskan di sini hanyalah untuk berkongsi pengalaman dan belajar untuk menjadi wanita yang lebih sempurna di mata suami:)ambillah contoh yang baik2 sahaja.. juga kerana tak tau nak cerita apa kat blog..haha:-P .. dan lagi nak bagi tau, eh wak, janganlah minat suami saya tau!!.. haha just melawak aje ok!!.. tapi Aini tertarik dengan cara Anna meletakkan syarat kepada Furqan waktu ingin meminangnya dalam filem ketika cinta bertasbih, dia bukan menolak poligami tetapi tidak mahu berpoligami dan ingin menjadi sepertimana Saiditina Khadijah dan selainnya yang tidak berpoligami:)
Dari Anas bin Malikk r.a, dia menceritakan,
Nabi SAW pernah berada disisi salah seorang isterinya. Kemudian seorang dari ummul mukminin mengirimkan satu mangkuk makanan. Lalu isteri Nabi yang berada dirumahnya memukul tangan Rasulullah sehingga mangkuk itu jatuh dan pecah. Maka Nabi pun mengambil dan mengumpulkan makanan di dalamnya. Beliau berkata:”Ibumu cemburu, makanlah.” Maka merekapun segera memakannya. Sehingga beliau memberikan mangkuk yang masih utuh dari isteri dimana beliau berada, dan meninggalkan mangkuk yang telah pecah tersebut di rumah isteri yang memecahkannya.(HR.Bukhari, Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah)
Hadis snada diatas dengan beberapa tambahan, yaitu di dalam Ash-Shahih, dari hadis Humaid dari Anas r.a, dia berkata,
” Ada diantara isteri Nabi SAW yang menghadiahkan semangkuk roti dicampur kuah kepada beliau, selagi beliau berada di rumah isteri beliau yang lain (Aisyah). Aisyah menepis tangan pembantu yang membawa mangkuk, sehingga mangkuk itu pun jatuh dan pecah. Nabi SAW langsung memunguti roti itu dan meletakkan kembali diatas mangkuk, seraya berkata, “makanlah. Ibu kalian sedang cemburu.” setelah itu beliau menunggu mangkuk pengganti dan memberikan mangkuk yang pecah itu kepada Aisyah”.(diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud dan Nasa’i).
Begitupula kecemburuan Aisyah terhadap Shafiyah. Tatkala Rasulullah tiba di Madinah bersama Shafiyah yang telah dinikahinya, dan beliau berbulan madu bersamanya ditengah jalan, maka Aisyah berkata,
“Aku menyamar lalu keluar untukmelihat. Namun beliau mengenaliku. Beliau hendak menghampiriku, namun aku berbalik dan mempercepat langkah kaki. Namun beliau dapat menyusul lalu merengkuhku, seraya bertanya,”Bagaimana pendapatmu tentang dia?” Aku menjawab, “Dia adalah wanita Yahudi di tengah para wanita yang menjadi tawanan” (ditakrij Ibnu Majah).
Aisyah r.a pernah berkata,
“Aku tidak pernah cemburu terhadap wanita seperti kecemburuanku terhadap Khadijah, kerana Nabi SAW seringkali menyebut namanya. Suatu hari beliau juga menyebut namanya, lalu aku berkata, “Apa yang engkau lakukan terhadap wanita tua yang merah kedua sudut mulutnya? Padahal Allah telah memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadamu”. Beliau bersabda, “Demi Allah, Allah tidak memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadaku” (Diriwayatkan Bukhari).
Kecemburuan yang sangat mendalam hanya karena kekasihnya menyebut wanita lain padahal wanita yang disebutnya telah kembali kepada Zat Yang Mulia tetap membuatnya cemburu.
Tetapi kita boleh lihat, betapa mulianya akhlak Rasulullah terhadap isterinya yang cemburu . Tidaklah beliau mengeluarkan perkataan yang kasar melainkan kata-kata yang haq.Semoga para suami kita dapat meneladani sikap dan akhlak beliau, SAW. Kerana hanya beliaulah sebaik-baik teladan yang patut untuk ditiru dan di contoh oleh semua umatnya.Sebagaimana dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Al-Ahzab:21).
Thursday, November 19, 2009 -
-
Seriously Aini memang betul2 tak ada idea.. nak merepek2 pun lagi tak ada idea:)) Sebab 2,3 hari ni cam biasa aje rutin hariannya.. Pergi kerja, balik kerja, dengan anak2.. dll..
Cumanya semalam we all sekali lagi pergi ke imegresen, punyalah lama nak menunggu giliran, tapi mujurlah waktu nak bayar dan tunggu passport siap tu tak lama, dapat express punya layanan.. hehe suka..sukaa :P ..then, masuk office semalam dah petang, terus buat kerja, tak sempat nak update blog:P
Actually, semalam juga hantar my mother balik ke Kuantan (Hantar ke tempat bas), so, semalam rasa sunyi sepi lah rumah :)) Afnan seperti biasa tak nak lepaskan nenek dia:P.. Aufa maintain cool aje...
Hari ni Alhamdullillah senang sangat uruskan anak2, boleh buat sandwich lagi untuk di bawa ke opis.. budak2 makan cereal aje pagi tadi :)) Esok pula, cikgu Afnan nak buat jamuan kat sekolah dan minta parents bawa makanan,hmm.. nak masak apa ya esok?? Haa..Semangat memasak Aini datang balik ni:P.. yelah hari tu mak ada, semua nak mak masak + malas pun iye jugak:P ..
Tengahari ni pulak ingat nak cari kain, nak tempah baju untuk Aufa yang macam dalam gambar entry yang lepas, hopefully lah jadi:)) Nak beli baju Afnan dalam ebay tu tak boleh pula (tak boleh pakai c.card), padahal Aini dah pernah beli beberapa barang pun kat situ sebelum ni, takpelah, sbb Aini dah dapat idea lain.. :P Ta-Da!! (Macamlah best sangat idea tu, tak tau lah jadi ke dop)..
Akhiran, just tengok ajelah gambar budak2 tengah main2 kat Giants 2,3 minggu yang lepas, waktu ni Aufa rambut panjang lagi...



-end-
Tuesday, November 17, 2009 -
-
Actually bulan 12 ni ada Family Day Inteam kat PD.. tema untuk makan malam untuk hari tu ialah 'arabian night'.. alah saje saje je bertema2,untuk anak2.. sambil2 Aini survey baju budak kat Internet, terjumpa baju ni, berkenan pulak Aini, tapi takde stock pula nak order.. ada sapa2 boleh jahitkan baju ni untuk Aini?..huhu.. Aini ni 'terror' sangat menjahit sampai tak reti nak jahit baju cam tu, mesih jahit pun tak ada:P (cover malu:P)

cute kan?? Untuk Abang Afnan Aini dah jumpa kat ebay tadi, hopefully boleh lah beli:).. untuk ibu dan ayah Afnan dan Aufa pula, tak yah ngada2 !!! :P
Monday, November 16, 2009 -
-
Baru lepas memotong rambut my habib.. hehe mujur jadik... Tak yah pi repair kat kedai ;P Habib,bak upah RM10:P
*************************************
Alhamdullillah, Hari Jumaat lepas sempat kami memenuhi jemputan A.Nazrey ke jamuan Birthday anaknya.. rumahnya dekat aje dekat opis kami.. just tengok aja gambar yang sangat tak cantik ni ya.. sangat tak tau nak cerita apa:P
Syafiqah and her friend... boleh mak kawan dia ni tanya Aini ni cikgu Sains anak dia ke? Iyee.. muka Aini macam cikgu, Aini faham.. huhu:P (dah biasa sangat org ingat Aini ni cikgu:P)
Besarnya kek...
A. Nazrey sibuk mengambil gambar tetamu :)
O___*
Muiz tembam!!! ... latest gambar anak Fairus (PR Inteam) and Yati ...-end-
p/s: Aini sedang malas tulis blog:P .. sungguh takde idea lah.. betul ni!!! :P
Sunday, November 15, 2009 -
-

Semua sedia maklum cerita Nur Kasih memang best, tapikan...

malam semalam Aini tengok Filem Ketika Cinta Bertasbih ni pun sangatlah best . tapi Filem tu boleh ada 2 episode pulak :)) Aini baru tengok episode 1 , lagi 1 episode tak tau dah nak cari kat mana.. ada siapa2 tahu tak nak cari kat mana?? :P Macam kemaruk pulak dah Aini ni nak tahu kesudahannya walaupun dah tahu camana sikit cerita ni sbb Aini ada baca Novel ni, Aini baca novel??? baca page last sekali lah..hihi.. kalau baca 1 novel sure dopnya Aini ni.. letih laa baca Novel ni, tengok cerita barulah senang:P.. (sangat tidak minat membaca Novel :P)
Tapi yang paling Aini suka sbb pelakon dalam cerita ini, kebanyakan diorg memang betudung betul2, sbb diorg di pilih melalui program realiti TV.. may be Ust. Habiburrahman nak yang paling sesuai wataknya dalam cerita yang ditulisnya.. :)) Hmm.. kalau ada sesiapa tau nak cari kat mana, jangan lupa bagitau Aini ya!! ?? Tak sabar sungguh nak tengok kesudahannya... abihlaa cerita korea.. :P :P
-end-
Friday, November 13, 2009 -
-
with my cousin yang hendak menunaikan haji..
yang tepi (kanan) pula ialah my pakcik dari Kelantan..
Suasana meriah tak seperti jam 2 pagi:)
Jam menunjukkan 3.00 pagi, Aini baru balik dari menghantar Pakcik, Makcik dan sepupu Aini yang ingin menunaikan haji di Kelana Jaya.. Mata tak berapa mengantuk pulak, rasa nak menulis dalam masa yang sama masih berharapan supaya esok janganlah terlewat pergi kerja pula:)
Tadi, sangat seronok melihat gelagat jemaah yang hendak menunaikan haji walaupun hakikatnya pergi haji bukanlah untuk berseronok.. Imam al-Ghazali pernah berkata,’Perjalanan kita ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji, ibarat perjalanan kita menuju Allah SWT. Ibarat perjalanan kita menuju akhirat dan ibarat perjalanan kita menuju kematian!”. Ya, betul Aini pernah merasainya sewaktu menunaikan umrah dulu, rasa seperti menuju kepada kematian.. sedangkan itu hanyalah umrah, apatah lagi menunaikan haji.. sungguh terasa kegerungannya terutama apabila merasa diri ini yang terlalu banyak dosa dan noda..
Namun, hati tetap melonjak hendak pergi menunaikan haji pula, semoga Allah membuka jalan dengan mudah.. walau mempunyai wang berjuta2, tetapi jika masih tidak dapat kad jemputan dari Allah, tidak akan dapat juga pergi ke sana kerana semuanya hanya dengan izin Allah, segala-galanya..
Aini berdoa dan berharap sangat semoga Allah dapat mengirimkan kad jemputan ‘itu’ kepada kami sekeluarga untuk ke sana.. Terasa sungguh rindu…
Walau apa pun, tahniah kepada yang berjaya menjadi tetamu Allah kali ini, ianya merupakan satu penghormatan besar dari Allah.. sangat perlu bersyukur.. Jemputan tersebut menunjukkan itulah perjanjian kita di Luh Mahfuz tatkala kita belum lahir ke dunia lagi.. Semoga kalian mendapat haji mabrur… InsyaAllah…
Thursday, November 12, 2009 -
-
Ohh.. sungguh tak sempat meng'update' blog, tanaman2 di kebun Aini pun habis layu dan di curi org.. huhu:P
Actually perancangan asal semalam ambik 1/2 day leave nak renew passport, my passport dan Afnan punya passport akan habis bulan 3 tahun depan.. nak pergi mana? hehe.. dop boleh cerita lagi, sbb tak beli ticket pun lagi, kalau cerita tapi tak jadi pulak, malulah 'i':P :P tapinya sistem offline lah pulak semalam.. sabar ajelah.. (sila jangan bagitau org ya K.Nisah, Areej, my cousins, family etc etc etc:P.. laa ramai dah yang tahu rupanya ke mana perancangan kami nak pergi..haha:P, tak surprise langsung:P)
Then, tiba2 ada call dari my TIL mengatakan my MIL tak sihat, like before.. so, dari wangsa maju terus pergi Temerloh, mujur Aufa pun bawa sekali semalam.. Alhamdullillah my MIL semakin sihat cuma nampak masih lemah sikit, doc. cakap dalam badan dia kekurangan air dan gula.. Hopefully 'Ma' sembuh cepat2, boleh main dengan cucu2:)) .. After Maghrib kitaorg bertolak balik ke KL...
*********************
Hmm..... sebenarnya apa yang Aini geram sangat sampai tak singgah pantai dan nilai 3 tu sbb nya Aufa dijangkiti kutu.. huhu... ini 1st time dia kena.. agaknya berjangkit dari sekolah dialah kot tu.. mula2 Aini nampak Aufa tergaru2 kepala dia, then Aini tengoklah rambut dia, masyaAllah dah banyak pun.. lepas pada tu, memang Aini tak boleh buat kerja lain la.. terus melakukan operasi membanteras kutu.. sepanjang perjalanan dari PD ke rumah, itu jelah kerja Aini.. sampai rumah terus potong rambut dia, dan melakukan aktiviti2 lain dengan jayanya.. :P
Alhamdullillah sekarang dah clear, tapi Aini masih berjaga2, sbb setiap hari pun dia pergi sekolah dan tidur dengan kawan2... semua petua org pun Aini nak cuba kecuali spray rambut dengan 'Baygon'.. haha... itu tak lah, Aini teringat kawan Aini kat UiTM dulu, dia cakap rambut dia dah tak elok after spray dengan Baygon sbb banyak sangat kutu, tapi after spray tu memang clear betullah :))

::rambut Aufa terkini.. Ta-da!!::
Sudah habis cerita:P
p/s: Kalau sempat nak pergi lagi Imegresen hari ni.. tapi banyak pulak 'diorg' ni meeting ..
Tuesday, November 10, 2009 -
-
Pagi2 lagi kami semua dah bangun, bersemangat sungguh nak main air..hihi.. Actually pagi tu tak bawa camera pun ke pantai sbb takde siapa yang boleh jaga, kan Aini pun nak main air juga:-P (jeles jugak bila tengok my habib seronok main air..huhu:P)
So, tak banyak rupanya gambar yang boleh di tepekkan tentang percutian singkat ni:P.. Maaf ya..;P
After main air, turun lagi sekali kawasan pantai untuk posing2, tapi waktu tu dah panas, anak2 pun dah penat main air pagi tu + tak puas main lagi:P.. so diorg semua cam dah takde mood nak ambik gambar.. sabar ajelaa...
Lepas check out, ingat nak singgah jalan2 di pantai PD dan nak ke Nilai 3 jap, menjamu mata + menguruskan pocket yang dah sedia kurus:P.. tapi, ada satu perkara yang meng'cancel' mood shopping Aini ni, sangatttlah geramm tentang itu!! nak tau apa?? tunggu next entry..hehe:P (surpriselah konon:P)
sementara tu, just tengok gambar..

Posing tengah2 panas:))

*___*

Time panas2, org dah kurang sikit mandi:))

cantik view ni:)

Abang Afnan yang makin tembam:))

Aufa jebik (sebenarnya tak nak balik lagi, tak puas mandi:P)
-end-
p/s: Esok ambik 1/2 day leave.. kan Aini cakap Aini bz sungguh la sekarang ni:P :P
Monday, November 09, 2009 -
-
Kami sampai agak lewat ke Tiara Beach Resort PD Sabtu lepas kerana beberapa hal yang tak dapat diselamatkan:)).. bilik hotel di situ just nice.. tak lah terlalu best dan tak terlalu tak best..:)) harga semalam sepatutnya RM400, tapi ada diskaun yang banyak menjadikan RM240 semalaman:)).. oklah dop??..
Persekitaran semua ok,cumanya rupa2nya resort ni bukan terletak di tepi pantai.. diorg buat pantai diorg sendiri je.. mujur cantik :)) honestly kalau percutian bersama anak2 memang sangat best disini, kalau honeymoon tak berapa sesuai sangat lah:))
Oleh kerana Aini sangatlah bz, di rumah dan di opis, so, tengok ajelah gambar yang ada ya!! :))

sampai bilik hotel, terus tengok org main air di tingkap:))

gaya org tak sabar nak pergi main air:))

pemandangan dari bilik kami..

lagi pemandangan dari bilik...

anak2 yang dah tak sabar nak pergi main air:))

posing dulu...

clown pulak:))

gelongsor air..

Ayah yang sama naik dengan anak2.. hehehe:P

*____*

Seronok sungguh :))
bersambung kemudian...
p/s: Aiyaa.. sangat bz sekarang ni... huhu...